Search This Blog

Wednesday, September 18, 2013

TAKAFUL & ANDA 3

Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? 
Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan 
secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha 
untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian 
yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda 
daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. 

Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko 
selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan 
sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu 
sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian 
dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, 
penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, 
bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. 
yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. 

Ini merupakan satu pandangan yang kurang menepati ajaran agama Islam. 
Terdapat dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha 
terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata 
adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi 
yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu 
dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: 

"Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." 
(Riwayat: At-Turmuzi)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan 
adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka 
dalam keadaan meminta-minta”. 
(Riwayat: Bukhari)


Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: 
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab
 dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap 
mereka dibawah tanggungan kamu.” 
(Riwayat: Bukhari dan Muslim)


Al Baqarah: 208

"Wahai orang-orang yang beriman, 
masuklah kamu ke dalam Islam 
secara keseluruhannya..." 


Al An'aam: 162
"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku 

hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." 

No comments:

Post a Comment