Search This Blog

Monday, October 15, 2018

Anda masih mencari pelan medikal kad terbaik? Kos memiliki medikal kad sekarang terlalu tinggi?

AIA Public Takaful telah melancarkan semula pelan medikal kad terbaik terbaik dan mampu milik.


Kenapa Perlu Pelan Medikal Kad 1 Keluarga?


Anda bayangkan sekiranya ada seorang berkeluarga. Anda berumur 30 tahun , mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Berapakah kos untuk anda memiliki medikal kad dengan had tahunan RM150,000 setahun untuk setiap seorang?

Paling minimum :

1) Anda : RM200
2) Isteri  : RM200
3) Anak 1 : RM150
4) Anak 2 : RM150
5) Anak 3 : RM150
6) Anak 4 : RM150

Jumlah keseluruhan untuk medikal kad 1 keluarga bayaran individu : RM1,000 Sebulan !!! 

 

Bagaimana pula dengan Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik dari AIA Public Takaful?


Dengan pelan medikal kad satu keluarga, anda hanya perlu membayar 1 polisi sahaja untuk 1 keluarga.

Ini bermakna untuk Anda + Isteri + Anak 1+ Anak 2+ Anak 3+ Anak 4 anda hanya perlu membayar hanya sebanyak RM498 sahaja sebulan.

Anda boleh apply Quotation Percuma dengan mengisi form DI SINI 

Berapa Coverage Saya Boleh Dapat?

Setiap AHLI KELUARGA anda akan mendapat Had Tahunan RM150,000.

DIULANGI SETIAP AHLI KELUARGA!!!

Jumlah untuk 1 Keluarga, RM150,000 X 6 orang = RM900,000 setahun.
Dan Tiada Had Seumur Hidup sehinggalah umur 100 Tahun.

Kalau 6 orang serentak kemalangan, kesemua 6 orang akan masuk wad dengan Had Tahunan masing-masing tanpa share limit.

Kalau ada agen yang tidak memasarkan produk AIA Public Takaful datang berjumpa anda bagitau hanya seorang sahaja yang cover dalam 1 masa. minta dia register sekolah balik masuk darjah 1.

Di bawah adalah apa benefi yang SETIAP ahli keluarga anda akan dapat dengan Medikal Kad 1 Keluarga AIA Public Takaful ini.Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful

Sunday, January 18, 2015

Kelebihan sedekah

https://www.facebook.com/md.anuar.566



Pelan Takaful membantu anda BERSEDEKAH secara konsisten.
✎Perunding Takaful Ikhlas 
✎Khidmat nasihat TERBAIK
✎Syarikat Takaful 100%
✎0197144522

Monday, February 3, 2014

KELEBIHAN PERLINDUNGAN TAKAFUL


Kelebihan perlindungan Takaful

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan.
Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin Abdullah r.a. yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya berbunyi: Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. (riwayat Muslim)
Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa menerima sistem yang bercampur-baur dengan sistem yang tidak senada dengan Islam.
Keadaan ini mewujudkan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Kewangan Islam dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.
Malangnya, ada juga sesetengah pihak yang masih berat hati untuk turut serta menyokong dan melibatkan diri dalam memajukan sistem Islam ini dengan mencipta seribu satu alasan.
Malah, ada juga suatu golongan yang cuba untuk memburukkan imej Sistem Kewangan Islam ini dengan cubaan-cubaan halus bagi melumpuhkan usaha murni ini.
Kepada golongan tersebut, diperingatkan satu firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Ibrahim: 3)
Sebagaimana yang dimaklumi, institusi Takaful sebagai contohnya, adalah merupakan Institusi Perlindungan (Insurans) yang berteraskan prinsip Islam.
Institusi ini selayaknya disokong dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan suatu sistem yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada ummah.
Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan.
Semangat ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, tidak sombong malah mereka akan sentiasa prihatin kepada persekitaran mereka.
Islam sangat menggalakkan umatnya agar tolong menolong dalam perkara kebaikan seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 2 surah al-Maidah, maksudnya: … hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan
Sistem takaful juga bebas dari unsur-unsur gharar (syubhat)riba dan juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu".
Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan, menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, tidak hairan apabila kita melihat pengamal sistem yang berteraskan riba ini mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, sanggup menindas orang lain , sentiasa mencari jalan untuk mengumpulkan kekayaan sendiri dan lebih dahsyat lagi tiada perasaan belas kasihan dalam diri mereka.
Hal ini sebaliknya berlaku, dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum menjadi keutamaan.
Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.
Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma).
Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian atau semua daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.
Derma dalam sistem takaful ini adalah derma kelas pertama. Ini kerana menerusi sistem ini seseorang peserta dapat melakukan derma dengan ikhlas sebagaimana derma yang dituntut oleh Islam.
Ia seperti yang digambarkan dalam sabda baginda daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda, Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada sebarang naungan melainkan naungan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan cantik lalu dia berkata sesungguhnya aku takut kepada Allaah dan seorang lelaki yang melakukan sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu bergelinangan air matanya. (Muttafaqun 'alaih)
Namun perlu ditegaskan keistimewaan konsep ini adalah ia tidak hanya bermanfaat kepada orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama.
Sistem takaful juga menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memainkan peranan sebagai pendakwah yang berusaha mengembangkan produk muamalat Islam dengan menyertai dan menyokong sistem ini.
Ini kerana takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Islam Di Malaysia 1983.
Malah masyarakat juga berpeluang melakukan jihad menentang sistem jahiliah (sistem perlindungan konvensional) yang telah difatwakan haram menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972.
Pada masa yang sama apabila menyertai sistem yang berteraskan sistem Islam ini sebenarnya ia memberi peluang untuk beribadat yang merupakan satu menifestasi pengabdian, kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah yang memerintahkannya supaya melakukan makruf dan meninggalkan mungkar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 25.
Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini.
Sokongan padu diperlukan dari semua pihak agar hasrat murni untuk memerdekakan umat manusia daripada terus berada di bawah cengkaman sistem yang bersifat duniawi semata-mata kepada sistem yang boleh membawa kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.
Kini dengan adanya kemudahan kewangan Islam seperti perbankan dan takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah, ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2sKh741V8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, January 29, 2014

Bolehkah Cuepacs Care digunakan di Hospital swasta

Bolehkah Cuepacs Care digunakan di Hospital swasta


Alhamdulillah, selepas badan panas sehingga mencecah suhu 39 darjah celcius, aku terus kuatkan hati untuk ke klinik kali kedua.
Sampai di Klinik doktor mengesahkan suhu badan aku pada masa itu ialah 39.5. Memandangkan sekarang terdapat banyak kes denggi di Melaka. Doktor terus mengesyorkan supaya aku segera ke Hospital.

"Saya tulis surat ini, awak bawa ke Hospital Melaka ya" kata Doktor tersebut padaku.
"er... kalau tak pergi tak boleh ke?, Lambatlah "
dah sakit ni memang banyak songeh..

"Awak ada insurans ke" tanya Doktor semula.
"saya ada, tapi tak pernah guna. Saya cuba ke Hospital Swasta dulu... kalau tak boleh saya pergi Hospital Kerajaan"

"Boleh tiada masalah, ini prosedur, sebab terlalu banyak kes denggi sekarang ni" Jawab doktor

Alhamdulillah, tapi boleh guna ke..
Orang rumah pun drive sambil aku duk tengok layak ke kalau setakat demam... 
Buatnya tak boleh buat malu jer.

Samapai di hospital meraba-raba tak tahu nak ke mana.. First la katakan.
Sampai di kaunter aku terus cakap.
"Saya demam panas, kalau medikal kad saya boleh guna, saya akan stay di sini, kalau tak boleh guna saya ke hospital Melaka sekarang juga" jujur betul...

Kerani tu kata, sekarang bayar deposti RM200 dahulu, kami akan semak dengan kadar segera.

Sambil nak tunggu boleh ke tidak, darah aku kena ambil dan makan panadol dua biji.
Ingatkan ada ubat canggih.. Panadol je dia bagi.

Dua tiga kali jugalah aku tanya kat atendan BOLEH COVER KE?
 
KALAU TAK BOLEH SAYA NAK PERGI HOSPITAL MELAKA.. CUAK JE

Alhamdulillah dalam 15 minit seorang atendan Hospital Putra datang boleh cover takde masalah terus naik tingkat 8.

Selesai rawatan selama 5 hari tidur di hospital
Bil hospital semua dicover, aku bayar cas pengurusan sikit.
Balik rumah ejen takaful datang ke rumah ambil laporan untuk claim elaun hospital

ALHAMDULILLAH
RM165 X 5 HARI = RM825

Boleh aku berikan pada isteri yang tiap2 hari ulang alik menjenguk di hospital. hilang sakit duit pun dapat

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Memperbaiki Tunai Kita

Kemenangan Peribadi

Apa itu kemenangan peribadi


Bila anda berjaya di dalam hidup anda samada sebagai pekerja yang efektif di tempat kerja, ketua keluarga di rumah keluarga yang bahagia, anak yang patut kepada ibubapa anda. Anda sedar atau tidak, anda sebenarnya telah beroleh kemenangan peribadi kerana anda telah berjaya didalam hidup anda. Tahukan anda apa resepi yang anda gunakan untuk memperolehi kemenangan tersebut ? Cuba anda pikirkan dengan mendalam ?
      
Cara untuk berjaya memperolehi kemenangan peribadi

Pernah dengar perkataan "ALTITUDE" ? Adakah ianya rahsia untuk berjaya di dalam hidup ? Ya mungkin ia merupakan perkara yang anda mesti ada untuk berjaya di dalam hidup. Tidak dinafikan "ALTITUDE" anda yang akan menentukan setakat mana anda akan berjaya di tempat kerja atau camna hubungan anda dengan isteri dan anan-anak dirumah, atau camna anda bertindak secara anak kepada ibubapa anda. Apa-apa pun formula yang anda perlukan untuk memperolehi kemenangan peribadi adalah:
  • Berpikiran positive
  • Ada matlamat hidup
  • Buat perbuat ikut kepentingan 
Bila anda dapat menguasai semua tiga perkara diatas, anda akan ada hala tujuan yang anda idamkan.
Kenapa Kemenangan peribadi itu penting bagi kita, dalam kes ini termasuk lah dengan saya sekali ? Cuba kita perhatikan dengan apa gunanya berpikiran positive, bila anda ada berpikiran begini, secara tak langsung satu tenaga dalaman yang akan tiba di dalam pikiran anda.Bermacam-macam idea akan timbul yang mana sebelum ini anda tak pernah terpikir langsung akan kewujudannya. Kita selalu mendengar istilah "think outside the box", bukan senang untuk berpikir di luar skop pemikiran kita. Memang terbukti orang yang dapat "think outside the box" akan berjaya di dalam hidup, insyallah.Bukannya susah sangat nak berpikirkan begitu, dengan berkat usaha anda insyallah anda jugak akan dapat mendalami ilmu tersebut.

Yang kedua, apa gunanya matlamat hidup? Bila kita mempunyai matlamat hidup, kita dah kenal pasti apa yang kita kehendaki dalam masa yang tertentu. Kalau ada maltlamat tanpa had masa bila sepatutnya anda pasti capai matlamat anda pun tak berguna jugak.Contohnya, matlamat hidup saya nak mengurangkan pernggunaan kad kredit pada tahun 2012, yang mana baki dalam akaun kad kredit tersebut mesti lah kurang dari RM 500 sahaja.Sekarang perancangan yang seterusnya, apa langkah yang perlu di lakukan dalam masa 10 bulan ini. Mungkin anda ada idea yang lebih bagus dari saya.
Perancangan yang perlu di jalankan adalah:
  • Jangan guna kad kredit bila isi minyak kereta
  • "Stop" pemggunaan kad kredit untuk pembeli barang yang melebih RM100, jika kalau anda tidak ada "cash money' di tangan untuk bayar balik.
  • Berhenti mengguna kad kredit untuk pembeli apa produk yang memerlukkan anda membayar "fix monthly installment" dalam jangka masa yang lambat, katakan lah dua tahun.
  • Bayaran bulanan untuk kredit kad mestilah melebihi bayaran minmium yang dikehendaki oleh pihak bank.
  • Kalau anda bernekat tidak akan menggunakan kad kredit tersebut lagi, potong kad tersebut kepada dua.
  • Jangan memiliki kad kredit melebihi dari dua kad di satu masa yang sama.

Respi yang ketiga untuk memperolehi kemenangan peribadi adalah, buat perkara ikut kepentingan. Yang kepentingannya lebih tinggi mestilah di dahulukan atau disegerakan. Jangan cuba buat kerja separuh jalan, katakan lah anda buat banyak kerja satu masa. Kejap anda buat kerja A, buat separuh jalan anda beralih ke kerja lain lak.Sampai bila kerja anda tidak akan siap sepenuhnya.  Bila anda dapat membezakan antara kerja penting dan kerja yang kurang penting, ianya akan memudahkan anda bila hendak membuat perancangan untuk harian atau minggu mahupun bulanan anda.Sekarang anda sudah menghampiri untuk mencapai kemenangan peribadi yang diidamkan.

Kebaikan bila mancapai kemenangan peribadi 


Anda akan menjadi seorang yang matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat ini. Di tahap ini anda sudah mahir di dalam memastikan anda ada hala tuju yang hendak dicapai dan cara yang boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita anda dalam jangka masa yang anda kehendaki. Dan yang paling mustahak sekali, segala perancangan yang anda rancangkan mungkin perlukan peruabahan setiap masa. Dengan kata lain anda perlu buat penilaian terhadap perancangan anda, adakah rancangan anda   berjalan seperti yang dirancangkan. Tidak ada manusia didunia ini yang dapat melaksanakan semua perancangan seperti yang dirancangkan, dari masa ke masa ianya perlu perbaikan supaya ianya ikut rancangan asal.Bila kemenangan peribadi sudah dalam tangan anda, tahap kemenangan yang perlu anda usahakan adalah " Public Victory " atau pun kemenangan awan. Saya akan bincangkan pasal kemenangan awan di lain kali, insyallah.

Wednesday, September 18, 2013

TAKAFUL & ANDA 3

Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? 
Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan 
secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha 
untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian 
yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda 
daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. 

Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko 
selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan 
sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu 
sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian 
dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, 
penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, 
bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. 
yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. 

Ini merupakan satu pandangan yang kurang menepati ajaran agama Islam. 
Terdapat dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha 
terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata 
adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi 
yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu 
dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: 

"Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." 
(Riwayat: At-Turmuzi)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan 
adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka 
dalam keadaan meminta-minta”. 
(Riwayat: Bukhari)


Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: 
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab
 dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap 
mereka dibawah tanggungan kamu.” 
(Riwayat: Bukhari dan Muslim)


Al Baqarah: 208

"Wahai orang-orang yang beriman, 
masuklah kamu ke dalam Islam 
secara keseluruhannya..." 


Al An'aam: 162
"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku 

hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..."