Bolehkah Cuepacs Care digunakan di Hospital swasta
Alhamdulillah, selepas badan panas sehingga mencecah suhu 39 darjah celcius, aku terus kuatkan hati untuk ke klinik kali kedua.
Sampai di Klinik doktor mengesahkan suhu badan aku pada masa itu ialah 39.5. Memandangkan sekarang terdapat banyak kes denggi di Melaka. Doktor terus mengesyorkan supaya aku segera ke Hospital.
"Saya tulis surat ini, awak bawa ke Hospital Melaka ya" kata Doktor tersebut padaku.
"er... kalau tak pergi tak boleh ke?, Lambatlah "
dah sakit ni memang banyak songeh..
"Awak ada insurans ke" tanya Doktor semula.
"saya ada, tapi tak pernah guna. Saya cuba ke Hospital Swasta dulu... kalau tak boleh saya pergi Hospital Kerajaan"
"Boleh tiada masalah, ini prosedur, sebab terlalu banyak kes denggi sekarang ni" Jawab doktor
Alhamdulillah, tapi boleh guna ke..
Orang rumah pun drive sambil aku duk tengok layak ke kalau setakat demam...
Buatnya tak boleh buat malu jer.
Samapai di hospital meraba-raba tak tahu nak ke mana.. First la katakan.
Sampai di kaunter aku terus cakap.
"Saya demam panas, kalau medikal kad saya boleh guna, saya akan stay di sini, kalau tak boleh guna saya ke hospital Melaka sekarang juga" jujur betul...
Kerani tu kata, sekarang bayar deposti RM200 dahulu, kami akan semak dengan kadar segera.
Sambil nak tunggu boleh ke tidak, darah aku kena ambil dan makan panadol dua biji.
Ingatkan ada ubat canggih.. Panadol je dia bagi.
Dua tiga kali jugalah aku tanya kat atendan BOLEH COVER KE?
KALAU TAK BOLEH SAYA NAK PERGI HOSPITAL MELAKA.. CUAK JE
Alhamdulillah dalam 15 minit seorang atendan Hospital Putra datang boleh cover takde masalah terus naik tingkat 8.
Selesai rawatan selama 5 hari tidur di hospital
Bil hospital semua dicover, aku bayar cas pengurusan sikit.
Balik rumah ejen takaful datang ke rumah ambil laporan untuk claim elaun hospital
ALHAMDULILLAH
RM165 X 5 HARI = RM825
Boleh aku berikan pada isteri yang tiap2 hari ulang alik menjenguk di hospital. hilang sakit duit pun dapat
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment